Monday, April 6

Opahku


salam!! ini merupakan mesin dialisis .mesin ini merupakan alat untuk mencuci darah seorang pesakit di atas sebab kegagalan buah pinggang berfungsi.Kebanyakkan yang menggunakan alat ini tidak mengira umur.perlu bergantung pada mesin ini sehingga akhir hayat.Selama 3 kali seminggu.Opah ku yang tercinta salah seorang yang menggunakan alat ini.
Aku kasihan pada opahku.dia sudah menggunakan hampir 5 tahun alat ini,kalo hendak di ikutkan alat ni berkos tinggi mujurlah pakcik aku seorang tentera laut,jadi percuma,selama 5 tahun la pakcik aku berkorban 3 kali seminggu untuk menemani opah ku serta memasang alat itu untuk di gunakan oleh opahku.Aku kagum ngn pakcik aku yang merupan adik bongsu ibuku.Dia merupakan anak yang sangat taat dan sanggup berkorban untuk ibunya.Terima kasih acik..aus kagum dengan pergorbanan acik menjaga opah sehingga hari ini.Setiap 3 kali seminggu opah ku akan melakukan dialisis di Hospital Angkatan Tentera ,Lumut,perak.
sekali sesi selama 4 jam.Kasihan opah ku,samagak pakcik aku kena ulang alik pejabat,tapi pakcik aku tabah,samagak opah aku,dia mampu tersenyum walaupun keadaan dia nampak lemah,
Aku masih ingat minggu lepas aku balik,time tu opah aku memang x sihat,saluran darah di tangan dia x berfungsi,jadi doktor terpaksa memasukkan wayar melalui peha kiri dia,pakcik aku menceritakan ketika doktor melakukan proses tu opah aku x sedarkan diri,dan keadaan seperti tenat,pakcik aku jadi kelam kabut,pabila aku dgr cerita dari pakcik aku tu,aku rasa sebak n risau sgt2.kdg2 aku akui aku jarang nak menelefon opah aku menanya khabar,asyik2 dia yang call aku.lepas ni aku kena tumpu pada dia.aku tgk opah ku x larat nak berjalan mahupun berdiri,lemah keadaan dia,aku menggunakan kerusi roda hendak bawa dia ke hospital,aku temankan dia,sambil tengok dia melakukan dialisis,tapi opah ku mampu tersenyum pada aku,tanpa menunjukkan dia sakit.dia selalu berpesan pada aku supaya jgn lupa perintah Allah,jgn tinggalkan sembahyang,serta taat pada kedua ibu bapa.Aku masih ingat opah aku menangis dan risau,dia takut andaikata dia sudah tiada cucu 2 dia meninggalkan sembahyang.Insyallah opah,aus ingat pesanan opah k..
Selepas opah ku di masukkan wayar melalui peha kiri..tetap tidak berfungsi,doktor mengambil inisiatif memasukkan wayar melalui leher,mesti opah ku sakit,aku masih ingat opah ku demam keran menahan sakit di leher dia,akibat bekas pembedahan tu,nasib bek berfungsi,pakcik aku membawa opahku melakukan pembedahan di hospital pakar di ipoh,untuk melakukan pembedahan di bahagian lengan kiri.untuk melakukan dialisis.
sabtu kelmarin,aku pulang ke untuk melihat opahku bersama mak dan adik2 aku,aku terkejut melihat opah ku semakin sihat,dan mampu berjalan dia x nampak seperti sebelum ni kelihatan pucat dan lemah,dia mampu bergurau dengan ku sambil memberi nasihat kepada aku,dia ingin aku menyambung pelajaran,dulu opahku penah offer nak belikan aku kereta tapi aku menolak dengan alasan aku ingin berdikari untuk memiliki kereta sendiri,aku x nak sepupu aku berfikiran lain tentang aku.Nanti berlaku persilisihan pula,
Ibuku membawa gulai ikan lawang.Ikan tu merupakan kegemaran opahku.ayahku mencari ikan itu walupun sukar untuk jumpa di pasar2 ikan itu,mujurlah dapat seekor.jadilah untu di beri pada opahku,lagipun dia teringin nak menikmati ikan tu.Aku suke pegi umah opah ku.Rumah dia benar2 mengadap laut dan persisiran pantai,dan mengadap pulau pangkor,cantik pemandangannya dengan tiupan angin laut yang agak kuat.menderu bunyi angin meniup...fuhhhh!!!! tenang je fikiran aku.Mujurlah sepupu aku yang lepas spm menjaga opah aku.Lagipun dia boleh diharap.thankx k...bukan bermakna aku x boleh menjaga opahku.Aku sibuk kerja..tapi kalo cuti aku mesti balik umah opahku,mahupun telefon.
Aku doakan agar opah aku cepat2 sembuh dan sentiasa sihat,aku gembira ada opah yang sangat2 penyayang dan menjaga aku sejak dari lahir lagi.Dia terlalu menyayangi aku,jasa nya x dapat ku balas,andaikata aku berjaya kelak aku x kan melupakan opah ku,aus sayang pada opah..kau lah opahku paling terbaik yang banyak mengajar aku dan mendidik aku dari segi akhlak dan agama supaya aku mengenali dan berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat...